SEJARAH RINGKAS SJK(C) LOK YU 4

TAHUNPERISTIWA PENTING
1935Sekolah ini telah ditubuhkan di Parit Lubok Sipat, Benut pada tahun 1953.Pada masa itu, sekolah ini hanya merupakan sebuah bangunan yang disewa untuk anak-anak tempatan yang hanya seramai 20 orang pelajar sahaja dan mengupah seorang tenaga pengajar.
1941-1947Sekolah terpaksa ditutup disebabkan tercetusnya Perang Dunia Kedua.
1948Sekolah dibuka semula, walau bagaimanapun sekolah terpaksa ditukar ke hilir Parit Lubok Sipat. Jemaah Pengurus telah menyewa sebuah rumah atap.Pada masa ini, seorang guru dan hanya belasan murid sahaja.
1958Jemaah Pengurus mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah bagunan yang lebih besar untuk menampung pertambahan murid yang pesat.Jarak bangunan yang ditubuhkan jaraknya hanya 1 km dari alamat dahulu. Ketika itu, penduduk tempatan telah menyumbangkan derma dan tenaga untuk mendirikan bangunan sekolah.
1962Kerajaan telah membantu memperbaiki bangunan sekolah.Mempunyai pelajar lebih kurang seramai 60 orang. Sekolah telah membuka sebanyak dua kelas.
1963Atas bantuan penduduk tempatan, sebuah gelangang badminton telah dibuat.
1970Jemaah Pengurus telah mendapat bantuan kerajaan untuk mendirikan sebuah dapur dan tiga buah bilik penginapan guru.
1982Jemaah Pengurus telah membantu sekolah untuk menukarkan atap bangunan kepada zink dan mendirikan sebuah pejabat.
1983PIBG telah memperuntukan sebanyak RM1000 untuk membaiki gelanggang badminton.
1986PIBG telah memdapat bantuan untuk mengecat bangunan sekolah.
1987Bilik penginapan guru telah ditukar menjadi bilik sumber.Bilik dapur ditukar menjadi tempat letak basikal murid-murid dan stok.
1989Mendapat bantuan kerajaan untuk mendirikan taman rekrasi kanak-kanak.
1993Mendapat bekalan air paip atas bantuan Pejabat Pendidikan Daerah.Matapelajaran Kemahiran Hidup telah diperkenalkan dan sebahagian dari bilik sumber dijadikan sebagai bilik Kemahiran Hidup.
1998Encik Teo Kim Piaw menjadi Guru Besar mulai 16.9.1998 di sekolah ini.Sebanyak empat orang tenaga pengajar termasuk Guru Besar dan seramai 27 orang murid.Terdapat sebanyak tiga kelas iaitu :Tahun 1 dan 2, Tahun 3 dan 4, dan Tahun 5 dan 6.