KATA-KATA ALUAN GURU BESAR
SJK(C) Lok Yu 4 merupakan sebuah sekolah pendalaman yang terletak di Lubok Sipat, Benut, Pontian, Johor. Walaupun ia merupakan sebuah sekolah yang kecil, tetapi tidak ketinggalan juga untuk mengejar dunia yang penuh dengan era teknologi maklumat. Sekolah kami telah bersama-sama dengan SJK(C) daerah Pontian yang lain melancarkan Laman Web sekolah melalui Internet.
Dengan adanya permuafakatan di antara Jemaah Pengurus Sekolah dan PIBG serta penduduk-penduduk tempatan yang mempunyai hasrat untuk memberi peluang kepada anak tempatan untuk belajar kemahiran teknologi maklumat melalui komputer. Pihak Jemaah Pengurus dan PIBG telah membeli sebanyak dua buah komputer supaya murid-murid dapat belajar komputer.
Akhir kata, saya mengucapkan ribhuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk melancarkan Laman Web ini. Semoga segala usaha yang dijalankan akan membawa kepada kejayaan yang lebih cemerlang.
Sekian, terima kasih.
‘KECEMERLANGAN MELALUI TEKNOLOGI’
ENCIK TEO KIM PIAW
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana telah diberi kesempatan kepada saya untuk melakarkan sepatah dua kata bersempena dengan pelancaran Laman Web ini.